SKUAD PENYELAMAT 999 BERMOTOSIKAL PERTAHANAN AWAM SEREMBAN

RAIDER'S RESCUE 999 SEREMBAN

L/KPL N35486 adalah salah seorang unit penyelamat 999 bermotosikal pertahanan awam seremban


UNIT GABUNGAN CAWANGAN SKUAD PENYELAMAT BERMOTOSIKAL 999 JPAM


SKUAD PENYELAMAT BERMOTOSIKAL JPAM SEMASA PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KE-51 DI DATARAN MERDEKA



GALERI GAMBAR

PERTAHANAN AWAM DAHULU

RESCUE 999 SEREMBAN IN ACTIONS

OPERASI MENYELAMAT KEMALANGAN KERETAPI DI RAHANG

KEMALANGAN JALAN RAYA DI BUKIT PUTUS K.PILAH





STAND BY OPS BANJIR






KEMALANGAN LEBUHRAYA PLUS KM268



KEMALANGAN JALANRAYA DI LABU






MENGELUARKAN MANGSA TERSEPIT




FUNGSI DAN PERANAN PERTAHANAN AWAM



FUNGSI DAN PERANAN PERTAHANAN AWAM

"KESELAMATAN ANDA,TANGGUNGJAWAB KAMI"


FUNGSI



. Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam
- Seksyen 3 ( 2 )c Akta Pertahanan Awam 1951 ( Akta 221 ).
. Mengelola, menubuh , menyelenggara, melengkapi, melatih dan mendisplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam-Seksyen 3(2)a Akta 221.
3. Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut Seksyen87(1) Akta 221.



TAKRIF



Seksyen 2 Akta Pertahanan Awam 1951 (Disemak 1979) menjelaskan bahawa 'Pertahanan Awam' meliputi apa-apa langkah yang tidak terjumlah sebahagian daripada akibatnya samada langkah itu diambil sebelum masa, semasa atau selepas serangan itu.



OBJEKTIF



Untuk melaksanakan langkah-langkah Pertahanan Awam dan memberikan perkhidmatan bantuan kecemasan bagi menyelamat atau mengurangkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh bencana atau akibat tindakan musuh demi mewujudkan kesejahteraan dan pembangunan negara yang berterusan.



RASIONAL



Langkah Pertahanan Awam adalah apa jua langkah yang diambil oleh sesiapa pun bagi mempertahankan orang awam dan melakukan pemulihan daripada sebarang risiko atau keadaan yang boleh menggugat keselamatan nyawa dan kesejahteraan orang awam serta harta bendanya.Sesiapa yang melaksanakan langkah tersebut adalah menjalankan menjalankan tugas dan fungsi Pertahanan Awam.



PERANAN / TUGASAN







- Penyelamat 991 merawat mangsa kemalangan jalanraya di dalam ambulans 991.


Antara tugasan Pertahanan Awam yang sering dijalankan adalah :





1.Bencana dan kemalangan - menyelamat dan mengeluarkan mangsa , mengawal lalulintas , merawat , memulih dan mengambil tindakan bagi memastikan semua nyawa terpelihara.

2.Kebakaran - menyelamat mangsa, memadam dan mencegah api kebakaran daripada merebak dan memusnah atau mengancam nyawa dan harta benda mangsa serta orang awam yang lain.

3.Kecemasan lain - rawatan perubatan, mencegah penyakit merebak atau berjangkit, pencegahan serangan haiwan/serangga berbisa dan bahaya, kawalan rusuhan atau ketenteraman awam dan pencegahan jenayah.

4.Khidmat kemanusiaan - bantuan kebajikan, gotong-royong, pemulihan emosi dan persekitaran serta kaunseling, kawalan keselamatan dan apa juga langkah yang dapat mencegah dan memulih bencana serta menjamin keharmonian rakyat.


FUNGSI RAKYAT


1.Menyemai semangat kesukarelaan, sedia memberikan bantuan dan pertolongan serta menghargai nyawa dan harta benda milik bersama.
2.Melibatkan diri atau menyertai organisasi yang berteras perkhidmatan bantuan seperti JPA 3 bagi menimba ilmu dan pengalaman menghadapi sebarang kemungkinan risiko.
3.Mendapatkan latihan dari organisasi latihan yang boleh memberi pengetahuan dan prosedur selamat dalam memastikan keselamatan diri dan rakyat.

AKTA DAN PERUNDANGAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA








AKTA 221

- Akta Pertahanan Awam 1951 (Disemak 1979)
- Kaedah-kaedah Pertahanan Awam(Bencana Diri) 1970
- Kaedah-kaedah Pertahanan Awam(Pasukan Pertahanan Awam) 1970
- Peraturan Pertahanan Awam(Pakaian Seragam) 1983

AKTA 425

- Akta Perkhidmatan Negara 1952 (Semakan 1990)
- Perlembagaan Malaysia - Jadual Kesembilan
- Arahan No.20 Majlis Keselamatan Negara
- Skim 'Non-Operational Pertahanan Negara
- Pelan Kontinjensi Kebangsaan Menghadapi Peperangan
- Dasar Pertahanan Menyeluruh (HANRUH)
- Arahan Menteri
- Arahan Dan Pekeliling Jabatan
- Deklarasi ICDO (International Civil Defence Organisation)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 221, AKTA PERTAHANAN AWAM 1951 ( disemak 1979 )

Suatu akta bagi mengadakan peruntukan mengenai Pertahanan Awam Malaysia.

* Akta ini boleh dinamakan Akta Pertahanan Awam 1951.

* Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghadapi makna yang lain - "angkatan pertahanan awam" dan "perkhidmatan pertahanan awam" masing-masing ertinya angkatan dan perkhidmatan yang ditubuhkan semata-mata atau terutamanya untuk memenuhi kehendak pertahanan awam.

* "Pertahanan awam" meliputi apa-apa langkah yang tidak terjumlah kombat sebenar bagi mengadakan pertahanan terhadap apa-apa bentuk permusuhan atau bagi menahan apa-apa bentuk serangan permusuhan daripada keseluruhan atau sebahagian daripada akibatnya, sama ada langkah itu diambil sebelum masa, semasa atau masa serangan itu.


Apabila didapati perlu atau bermanfaat untuk berbuat demikian Menteri boleh membuat apa-apa kaedah yang didapatinya perlu atau bermanfaat bagi pertahanan awam Malaysia.Tanpa menyentuh keluasan atau bidang kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) kaedah-kaedah tersebut boleh membuat peruntukan bagi:-




  • mengelola,menubuh,menyenggara,melengkapi,melatih dan mendisplin angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam;


  • mengelola, melengkapi dan melatih bagi maksud pertahanan awam pasukan polis, pasukan bomba dan pekerja-pekerja badan-badan berkanun dan badan-badan lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang diambil kerja terutamanya bagi maksud lain daripada maksud pertahanan awam;


  • mengajar orang ramai tentang pertahanan awam dan melengkapkan mereka bagi maksub pertahanan awam;

  • membekal,menyimpan dan menyenggara komoditi-komotidi dan benda-benda yang dikehendaki bagi pertahanan awam;

  • menyedia, membina, menyenggara dan mengubah premis, struktur dan penggalian bagi maksud -maksud pertahanan awam;

  • merekuisisi, membeli dan menyewa tanah, bangunan-bangunan,bahan-bahan harta dan harta dan barang-barang yang dikehendaki bagi maksud-maksud pertahanan awam;

  • mentaksir dan membayar saran atau pampasan berkenaan dengan semua perkara yang dilakukan meliputi kerja yang dibuat dan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi dan kerosakan dan kecederaan yang ditanggung akibat daripada kuasa-kuasa yang diberi oleh atau di bawah akta ini;

  • membayar pampasan berkenaan dengan apa-apa kecederaan fizikal yang dilakukan oleh seseorang anggota angkatan atau perkhidmatan pertahanan awam yang berbangkit dari dan dalam menjalankan tugas-tugasnya sebagai anggota tersebut;

  • penubuhan badan-badan dan pelantikan pegawai-pegawai di Negeri-Negeri bagi maksud-maksud Akta ini dan perwakilan kepada badan dan pegawai tersebut semua atau mana-mana daripada kuasa yang diberi oleh atau di bawah akta ini;

  • mengenakan penalti bagi apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang melanggar mana-mana kaedah boleh melebihi penjara selama tempoh tiga tahun dan denda sebanyak lima ribu ringgit.

  • Tiap-tiap kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah Seksyen ini hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat secepat mana yang boleh.

  • Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Ketua Pengarah Pertahanan Awam dan Penolong-penolong Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai yang difikirkan perlu bagi maksud-maksud Akta ini.

  • Ketua Pengarah Pertahanan Awam boleh membuat peraturan-peraturan yang selaras dengan Akta ini dan mana-mana kaedah yang dibuat dibawahnya yang memperuntukan secara am tentang butir-butir yang berkaitan dengan pengelolaan dan kakitangan angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam dan tentang tugas, kelengkapan dan latihan pengajaran orang-orang yang kepada mereka kaedah-kaedah itu dipakai.

  • Anggota-anggota angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam bagi maksud-maksud kanun keseksaan.

  • Yang di-Pertuan Agong melalui perisytiharan boleh memanggil untuk berkhidmat seluruh atau mana-mana bahagian angkatan atau perkhidmatan pertahanan awam.

  • Seseorang anggota angkatan atau perkhidmatan pertahanan awam yang dipanggil di bawah subseksyen (1) hendaklah melaporkan diri untuk berkhidmat pada masa dan tempat sebagaimana ditetapkan oleh Ketua Pengarah Pertahanan Awam melalui pemberitahuan dalam Warta atau selainnya.

  • Ketua Pengarah Pertahanan Awam dengan persetujuan Menteri boleh mengarahkan angkatan atau perkhidmatan Pertahanan Awam atau mana-mana bahagian daripadanya untuk diguna khidmat bagi melakukan apa-apa kerja bantuan atau memberi perlindungan kepada atau mengambil langkah -langkah bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta penduduk awam sekiranya berlaku apa -apa bencana yang akan menimpa atau bagi melaksanakan atau memudahkan pemulihan mereka selepas bencana.

  • Anggota-anggota angkatan dan perkhidmatan Pertahanan Awam yang digunakan khidmat menurut Subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai menunaikan tugas Pertahanan Awam.

  • Kaedah 28 Kaedah-kaedah Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam) 1970 adalah dengan ini dimansuhkan.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA PERKARA 74,77 - JADUAL KESEMBILAN


Pertahanan bagi maksud Persekutuan atau bagi mana-mana bahagiannya termasuk:-


Angkatan Laut, Darat dan Udara dan lain-lain Angkatan Pertahanan Awam


KAEDAH-KAEDAH PERTAHANAN AWAM ( PASUKAN PERTAHANAN AWAM 1970 )


"Menjaga kebaikan, faedah-faedah kemalangan diri, pampasan dan perlindungan diri kepada anggota akibat kemalangan atau kecelakaan semasa di dalam menjalankan tugas atau latihan Pertahanan Awam"


ARAHAN MKN.20 DASAR DAN MEKANISMA PENGURUSAN BANTUAN BENCANA NEGARA.


Tugas Pertahanan Awam:


Membantu menjalankan kerja-kerja menyelamat nyawa dan harta benda mangsa terancam atau akan terancam. Membantu dalam menyelia dan menyelenggara pusat-pusat pemindahan serta menyediakan makanan bagi mangsa-mangsa.Membantu dalam memberi pertolongan cemas kepada mangsa-mangsa jika diperlukan.





SEJARAH PERTAHANAN AWAM MALAYSIA




SEJARAH PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Pada tahun 1939, aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi Peperangan Dunia Kedua.
1951 - The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu undang-undang dalam sistem keselamatan
Tanah Melayu.

1952 - Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukkan Ordinan.









1957 - The Civil Defence ordinance 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan negara.

1958 - Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara mengikut jadual Kesembilan Perlembagaan
Persekutuan.

1964 - Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah,Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia-Indonesia (kertas kabinet
No.302/314/64)

1965 - Jumlah keanggotaan ditambah mejadi seramai 36,000 anggota dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru pada masa itu
diperolehi untuk seluruh negara.

1970 - Kerahan tenaga anggota seluruh negara dibuat mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Negara 1952 berikutan bencana banjir besar
yang melanda negara.

1972 - Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan
bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan.

1993 - Tragedi Highland Tower tumbang di Hulu Kelang mula merubah organisasi Pertahanan Awam di Malaysia.

1994 - Pengenalan nama ringkas JPA3 mula diguna dan diterima pakai di seluruh negara untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan
Awam dan Jabatan Penerbangan Awam.

1995 - Talian kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei sebagai tanda komitmen JPA3 memberikan khidmat bantuan kecemasan secara 24
jam.

1996 - Rancangan Pembangunan JPA3 dirangka bagi memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistik dan prasarana dalam
gerakkerja menyelamat.

2000 - Semua ibupejabat negeri seluruh negara dan enam pejabat cawangan telah melaksanakan perkhidmatan talian 991.Rancangan
Pembangunan Projek fizikal dilaksanakan dengan tujuh projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah dibawah RMK 7 termasuk
2 projek pusat latihan yang baru.

2001 - Sasaran baruuntuk mengurus dan memiliki kekuatan Angkatan seramai 100,000 anggota terlatih ditetapkan untuk dicapai pada tahun
2005 berbanding seramai 33,000 anggota dalam tahun semasa.

2001 - Sebanyak tujuh lagi projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah diluluskan untuk dilaksanakan di dalam tempoh RMK 8
menjadikan semua ibu negeri di seluruh Semenanjung bakal memiliki kompleks pentadbiran,operasi dan latihannya sendiri.

2003- Perkhidmatan Penyelamat Pantai JPA3 (Baywatch) dimulakan di Batu Feringghi, Pulau Pinang dan diikuti di Miri, Sarawak.

2004- 7 lagi Menara Baywatch memulakan operasi dengan 2 di Pulau Pinang; 2 di Langkawi; 1 di Teluk Kemang, Port Dickson; 1 di Pengkalan Balak, Melaka dan 1 di Pantai Irama, Bachok, Kelantan.

2006- Memperkenalkan slogan "Sedia, Pantas dan Berintegriti" sebagai pemangkin menjadikan Jabatan Pertahanan Awam sebuah jabatan yang unggul.

PENGUMUMAN KHAS

Penafian
Laman blog ini adalah satu laman blog biasa yang memaparkan aktiviti, berita, maklumat, pengetahuan untuk paparan umum sahaja dan tidak mengandungi maklumat-maklumat terhad, sulit, rahsia dan rahsia besar Kerajaan Malaysia,Kementerian Dalam Negeri,Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penulis tidak bertanggungjawab di atas sebarang pengodaman yang mungkin mengubah maklumat yang disiarkan. Untuk sebarang pertanyaan sila email kepada editorrescuesbn@yahoo.com .
Sebarang komen / ulasan boleh dihantar kepada setiap tajuk catatan atau pun untuk maklumat-maklumat lain boleh di e-mail kan kepada saya di editorrescuesbn@yahoo.com .
terima kasih.